suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan fikir kesenangan hari ini, pasangan suami isteri perlu ambil tahu kesan buka ‘joint account’ jika berlaku kematian

Membuka akaun bersama dalam kalangan pasangan suami isteri adalah amalan biasa di Malaysia. -Gambar hiasan AI

AMALAN membuka akaun bersama atau joint account dalam kalangan antara suami isteri merupakan amalan biasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Lazimnya, kemudahan ini digunakan bagi tujuan memudahkan pengurusan komitmen bulanan seperti dana kecemasan, urusan rumah tangga dan kos pendidikan anak-anak.

Bagaimanapun, dalam kes yang mana salah seorang daripada penama meninggal dunia, aset yang disimpan dalam akaun tersebut tidak secara automatik menjadi hak pemilik yang masih hidup.

Menurut perkongsian daripada perunding hartanah, Ahmad Mujahid di Threads, isu tuntutan wang akaun bersama sebenarnya tidak semudah disangka dan sering kali perlu melalui proses rumit.

Pertikaian di mahkamah

Realitinya di Malaysia, pertikaian mengenai wang dalam akaun bersama selepas kematian pasangan pernah beberapa kali menjadi perhatian dan dibawa ke mahkamah. 

Isu utama sering didebatkan dalam kes sebegini adalah:

- Status harta pusaka: Adakah wang di dalam akaun tersebut dikira sebagai harta pusaka si mati atau hak mutlak pemegang akaun yang masih hidup?

- Isu hibah: Adakah pembukaan akaun bersama itu dikira sebagai satu pemberian (hibah) yang sah dari segi undang-undang?

- Hak kelangsungan hidup (Right of Survivorship): Sejauh mana terma bank ini boleh melayakkan pemegang akaun yang terselamat untuk memiliki kesemua wang tersebut?

Dalam kebanyakan pertikaian, apabila pemilik asal dana meninggal dunia, akaun bersama tersebut akan dibekukan dan baki simpanan dimasukkan ke dalam senarai aset harta pusaka si mati, bukannya diserahkan begitu sahaja kepada pasangan atau waris terdekat.

Akaun bersama bukan hibah

Mengapa isteri atau pemegang akaun bersama tidak boleh menuntut wang tersebut begitu sahaja? 

Ahmad berkata, prinsip perundangan telah menetapkan bahawa akaun bersama bukanlah satu bentuk hibah secara automatik.

Walaupun borang pembukaan akaun bank mempunyai terma right of survivorship yang membenarkan bank melepaskan baki wang kepada pemegang yang terselamat, terma itu sebenarnya hanya untuk memudahkan urusan pentadbiran bank sahaja. 

Ia tidak menentukan hak milik sah dana tersebut.

Sekiranya dana asal dimasukkan oleh suami, undang-undang tetap melihat wang itu sebagai sebahagian daripada harta pusaka apabila pemilik meninggal dunia. 

Wang tersebut perlu dibahagikan kepada semua waris yang berhak antaranya melalui hukum Faraid bagi umat Islam. 

Oleh itu, bagi mana-mana pasangan suami isteri, ibu bapa, mahupun anak yang mempunyai akaun bersama, sangat penting untuk memahami dan mengatur kedudukan akaun tersebut sewaktu semua pihak masih hidup. 

Jangan tunggu sehingga berlakunya kematian, kerana proses mencairkan akaun yang telah dibekukan dalam urusan pusaka boleh mengambil masa lama dan menjejaskan kelangsungan hidup pasangan atau keluarga ditinggalkan.

Artikel Lain