PENYANYI Naqiu memberitahu dia bersama pihak pengurusannya terpaksa menolak beberapa tawaran mengadakan konsert atau persembahan berskala besar disebabkan rasa kurang yakin dalam diri.Kata Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 40, keraguan itu timbul kerana dia merasakan masih belum mempunyai cukup lagu popular untuk dipersembahkan di hadapan peminat dalam sebuah acara besar. "Sejak tiga tahun kebelakangan ini memang ada beberapa pengurus acara (EO) yang datang dan menawarkan saya buat konsert termasuk bersama kumpulan Boboy.Naqiu kini terbuka untuk tawaran konsert. "Memang ada perancangan, tetapi saya masih rasa ragu adakah orang yang akan datang. Saya tak berani untuk buat konsert."Saya perlu sedar ruang dan sedar diri. Saya tidak banyak lagu-lagu hits. Jadi saya terpaksa beritahu kepada pihak pengurusan untuk tolak tawaran tersebut," katanya.Naqiu ditemui ketika Showcase Episod 40 Naqiu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 di Shah Alam, Selangor pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Demi eksklusiviti Naqiu hanya 'keluar' jika ada lagu baharuARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ‘back up’ Aisha Retno isu ubah lirik lagu Indonesia... Jangan sekat kreativiti penyanyiDi sebalik rasa kurang keyakinan itu, penyanyi ini melihat sambutan baik peminat yang hadir dengan membuat pembelian tiket memberi dia semangat untuk mula merancang penganjuran sebuah konsert."Saya kena ada bukti dahulu dan mahu melihat sambutan mini showcase ini. "Impian saya untuk adakan konsert di sebuah lokasi yang lebih besar. Cita-cita perlu ada tetapi kenalah realistik. Mungkin selepas ini saya akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk penganjuran konsert," ujarnya. Saya perlu sedar ruang dan sedar diriNAQIU PENYANYI Dalam acara berkenaan, penyanyi ini menyampaikan 29 buah lagu popular secara medley.Bercakap tentang perancangan kerjaya seni sempena memasuki usia 40 tahun, Naqiu berharap akan terus aktif menghasilkan karya baharu termasuk mencipta lagu untuk penyanyi lain.Naqiu rancang lebih banyak lagu baharu tahun hadapan. "Dua tahun kebelakangan ini saya kurang mengeluarkan lagu baru. Saya sasarkan untuk tiga tahun ke depan akan lebih aktif berkarya."Saya mahu terus keluarkan karya baru. Saya tak mahu orang anggap Naqiu hanya berharap pada barang lama," kongsinya.TONTON VIDEO PILIHAN!