suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syida Melvin dinafikan hak tinggal rumah sendiri, peguam dedah cerita sebenar tuntutan... Bekas suami hanya benarkan anak-anak menetap

Syida nekad mempertahankan kediaman yang didaftarkan atas namanya.

PELAKON Syida Melvin nekad mempertahankan kediaman yang  dibeli dan didaftarkan atas namanya selain mahu kembali menetap di rumah berkenaan bersama tiga anaknya selepas berpisah dengan bekas suami iaitu Shafiq Azim Shaheen. 

Peguam syarie yang mewakilinya, Nurul Jamaliah berkata, tindakan itu diambil selepas Syida dinafikan hak untuk terus tinggal di kediaman berkenaan, meskipun pinjaman bank bagi pembelian rumah tersebut dibuat atas namanya sendiri.

Menurut Nurul Jamaliah, Syida juga terpaksa melunaskan tunggakan bayaran rumah selama empat bulan berjumlah RM25,696 selepas dihubungi pihak bank berhubung kegagalan pembayaran, meskipun dia tidak lagi menetap di kediaman itu yang ketika itu didiami oleh Shafiq sepenuhnya.

"Dalam proses penceraian Syida keluar daripada rumah sekitar April dan pihak bank mencarinya kerana terdapat empat bulan tunggakan rumah. 

Syida terpaksa melunaskan tunggakan bayaran rumah hampir RM20,000.

Syida terpaksa melunaskan tunggakan bayaran rumah lebih RM25,000.

"Bayaran bulanan rumah sebanyak RM6,424, jadi bila pihak bank cuba hubungi bekas suami, Shafiq beritahu rumah atas nama Syida dan Syida juga yang terpaksa membayar sebanyak lebih RM25,000 bayaran tunggakan walaupun dia tidak tinggal di situ lagi. 

"Selepas berlakunya penceraian, pada Ogos barulah Shafiq buat pembayaran rumah tersebut," katanya ketika dihubungi mStar. 

Mengulas lanjut mengenai status kediaman yang menjadi persoalan ramai, Nurul Jamaliah turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan hak Syida terhadap kediaman terletak di Shah Alam, Selangor itu.

Tegas Nurul Jamaliah, bayaran sepanjang tempoh perkahwinan dibuat secara bersama termasuk kos renovasi kediaman. 

"Seperti yang Syida selalu kongsikan di media sosial, pemilik berdaftar rumah tersebut adalah atas nama Syida dan pinjaman bank juga 100 peratus nama Syida. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin dah buntu, terpaksa buat live ‘halau’ bekas suami keluar rumah... “Anak-anak nak sekolah, aku tak ada tempat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan bulan merempat dengan anak-anak, Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah

"Daripada segi pembayaran sewaktu dalam tempoh perkahwinan, mereka bayar bersama iaitu separuh-separuh. Malah kos pengubahsuaian rumah juga ditanggung bersama. 

"Pihak kami tidak menafikan pun yang rumah itu adalah harta sepencarian kerana ia dibeli dalam tempoh perkahwinan. Cumanya bila Shafiq tidak bertindak untuk failkan kes harta sepencarian ini dan Syida pula dinafikan haknya untuk tinggal di rumah itu, maka kami perlu mengambil tindakan terlebih dahulu," ujarnya. 

Tambah Nurul Jamaliah, pihaknya sebelum ini sudah menghantar dua notis secara berperingkat kepada Syafiq pada 18 Mei dan 12 Jun lalu bagi memohon agar bekas suami anak guamnya itu memberikan ruang kepada Syida dan anak-anak untuk kembali menetap di kediaman berkenaan sementara menunggu keputusan kes harta sepencarian di Mahkamah Syariah.

Selain itu, peguam sivil yang mewakili Syida, Jannu Babjan turut menghantar notis pengosongan rumah berkenaan pada 21 Ogos 2026.

Bagaimanapun, Syafiq tidak bersetuju dengan permohonan tersebut dan hanya membenarkan anak-anak mereka terus menetap di kediaman berkenaan.

Syida (kiri) mahu Shafiq memberinya ruang bersama anak-anak untuk tinggal di kediaman mereka.

Syida (kiri) mahu Shafiq memberinya ruang bersama anak-anak untuk tinggal di kediaman mereka.

"Sebelum berlakunya kekecohan tempoh hari, pihak kami ada menghantar tiga notis secara berperingkat iaitu satu surat permohonan minta secara baik agar Syafiq beri ruang buat Syida dan anak-anak tinggal di rumah tersebut. 

"Tapi Shafiq tidak bersetuju dan balas menerusi surat peguam mengatakan dia tidak berhasrat untuk keluar dari rumah itu dan akan failkan harta pencarian, namun dia tidak failkan kes itu sampailah pihak kami yang terpaksa berbuat demikian. 

"Melalui surat peguam itu, Shafiq hanya benarkan anak-anak saja tinggal di rumah tersebut," jelasnya. 

Dalam perkembangan sama, Nurul Jamaliah memaklumkan bahawa pihaknya telah mendaftarkan tuntutan harta sepencarian pada 20 Oktober lepas, kedua-dua pihak dijadualkan menghadiri proses majlis sulh pada Disember ini bagi mencari penyelesaian berhubung tuntutan harta sepencarian tersebut.

"Pada Disember nanti akan ada satu rundingan iaitu proses majlis sulh untuk kedua-dua pihak, Syida dan Shafiq mencari kata sepakat menyelesaikan isu harta sepencarian ini. 

"Sekiranya masing-masing mendapat kata sepakat maka kes ini tidak perlu berlanjutan lebih lama dan dapat diselesaikan dengan baik. 

Syida dan Shafiq (kiri) bercerai sejak Ogos lalu.

Syida dan Shafiq (kiri) bercerai sejak Ogos lalu.

"Anak guam (Syida) saya berharap agar dia dan bekas suami dapat menyelesaikan masalah ini pada majlis sulh nanti tanpa perlu dibawa ke perbicaraan penuh," katanya. 

Pada 10 November lalu, gelagat Syafiq mencuri perhatian apabila turut muncul ketika Syida sedang bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Menerusi siaran langsung itu, Syida menyuarakan hasrat untuk kembali menetap di rumah berkenaan selain berharap bekas suaminya segera mengosongkan kediaman tersebut.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, dan Shafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa yang kini berusia setahun.

TONTON VIDEO PILIHAN!