DALAM kehidupan berumah tangga, kejujuran dan kepercayaan menjadi antara asas penting bagi memastikan hubungan suami isteri kekal harmoni.Namun perselisihan faham boleh tercetus dek kewujudan orang ketiga dalam perhubungan yang akhirnya menjurus kepada penceraian. Situasi tersebut boleh digambarkan menerusi perkongsian wanita ini yang kecewa selepas mengetahui suaminya menduakan dirinya.Isu orang ketiga dalam perhubungan suami isteri boleh menjadi punca keretakan rumah tagga. -Gambar hiasan AILebih mengecewakan, penipuan suami didakwa terbongkar gara-gara urusan audit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dibuat baru-baru ini."Audit LHDN kantoikan suami ada bini lain. Alkisahnya kawan saya kena audit LHDN, pegawai minta kawan saya buat justifikasi kerana jumlah tanggungan dia dan suami tidak sama."Kawan saya tanggungan dua anak, suami dia pula declare tiga anak. LHDN query mana lagi sorang anak? Hah sudah!" katanya.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui suaminya didakwa berkahwin lain secara senyap tanpa pengetahuannya.Rahsia perkahwinan kedua suaminya itu terbongkar ketika lelaki berkenaan menjalani audit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Wanita tersebut diminta memberikan penjelasan oleh pegawai LHDN berhubung perbezaan jumlah tanggungan anak yang diisytiharkan dalam rekod cukai mereka.Wanita itu mengisytiharkan mempunyai dua orang anak sebagai tanggungan, manakala suaminya pula menyatakan tiga orang anak.Ringkasan ini dijana oleh AISiasatan lanjut terhadap perkara itu akhirnya membawa kepada pendedahan bahawa suaminya disahkan mempunyai isteri lain yang selama ini tidak diketahui wanita terbabit.Tambahnya, LHDN turut meminta wanita itu mengemukakan dokumen berkaitan perkahwinan suaminya dengan wanita lain serta sijil kelahiran anak mereka bagi tujuan pengesahan."Rupanya ada bini lain, kantoi begitu je. Lepas itu boleh pula LHDN minta kawan saya ini serah surat nikah isteri kedua dan sijil kelahiran anak belah sana," ujarnya.ARTIKEL LANJUT: Rahsia kahwin dua terbongkar selepas 12 tahun, anak minta ibu jangan cerai... Bapa tetap jalan kewajipan, ibu tiri tak pernah datang gangguARTIKEL LANJUT: Lelaki berpoligami kongsi cara isteri nak kesan suami kahwin dua! Rupanya ada perubahan ketara bila ‘atas katil’Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan situasi dialami wanita terbabit malah ramai tidak menjangkakan ia boleh terbongkar melalui pihak LHDN.Dalam masa sama, insiden itu turut menjadi peringatan urusan rasmi yang melibatkan maklumat kewangan dan keluarga memerlukan ketelusan sesama pasangan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari."Benarlah kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Cara paling kita tak terfikir boleh kantoi tapi Allah tunjukkan juga," antara komen netizen.