suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sanggup tengok! Bayi 6 bulan diserang monyet liar, muka cedera parah

Keadaan bayi yang dikatakan kritikal selepas diserang monyet berkenaan.

BAYI lelaki berusia enam bulan cedera parah pada bahagian muka selepas diserang seekor monyet ketika berada di rumahnya di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor pada Ahad malam.

Lebih memilukan, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu disedari ibunya, Nur Elyana Batrisha Mohammad Farid, sebelum wanita berkenaan melihat anaknya dicengkam haiwan liar terbabit.

Susulan kejadian itu, bapa mangsa segera membawa bayi berkenaan ke hospital dengan menaiki motosikal untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Ayyash Adyan.

Difahamkan, kejadian serangan monyet di kawasan berkenaan bukan perkara baharu apabila lebih 10 penduduk dilaporkan pernah menjadi mangsa haiwan berkenaan.

Menurut perkongsian seorang individu di Threads, penduduk Paya Jaras Hilir sebelum ini dikatakan sudah membuat laporan berhubung gangguan monyet itu.

Namun, lelaki itu mendakwa belum melihat sebarang tindakan penyelesaian daripada pihak berkuasa.

"Habis muka baby tu. Meraung-raung. Maknya tersedar tengok beruk tu cekau baby dia. Dengarnya kes-kes sebelum ini dah buat laporan polis.

"Tapi tak nampak lagi apa-apa tindakan daripada pihak berkenaan. Harap dapat selesai secepat mungkin. Risau dekat anak dan budak-budak yang selalu main dekat depan rumah waktu petang," tulisnya.

Dalam hantaran seterusnya, individu itu memaklumkan bayi berkenaan sudah dibawa untuk menerima rawatan di zon kritikal, Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Datuk Halim Tamuri mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Halim turut meluahkan rasa sebak melihat keadaan bayi yang diserang monyet liar itu.

"Rasa nak pecah dada tengok gambar bayi yang diserang monyet liar," katanya.

Jelas Halim, pihaknya sudah ke pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor bagi menyampaikan aduan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, dia berharap tindakan segera dan menyeluruh diambil bagi menangani masalah berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan tidak sanggup melihat keadaan luka yang dialomi bayi malang berkenaan.

Artikel Lain