Kejadian pokok tumbang dekat Setia Eco Templer, Selayang, petang Rabu mengorbankan seorang penunggang motosikal. -Foto Threads
SEORANG penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dekat Jalan Set 2/8, Setia Eco Templer, Selayang, petang Rabu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.20 petang itu turut melibatkan sebuah lori jenis Isuzu. Ashrul Riezal berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.28 petang, sebelum mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nmax tersepit dan tidak sedarkan diri."Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 2.35 petang. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang motosikal maut dihempap pokok berdekatan balai bomba, operasi menyelamat selesai kurang 1 jamTambahnya, operasi mengalihkan pokok tumbang itu turut melibatkan enam anggota dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Light Operational Vehicle (LOV).Terdahulu, rakaman video oleh pengguna Threads yang berkongsi situasi di lokasi kejadian tular di laman sosial."Jalan nak ke Selayang, selepas keluar LATAR (Rawang). Keadaan pemandu lori tidak dapat dipastikan," tulis pengguna akaun @morepit.co."Siapa yang kenal owner motosikal ni, tolong beritahu waris yang owner dah tak ada. Nampak masih tengah jalan job (penghantar makanan) tu," komen pengguna akaun @4ffiqqqq yang memuat naik gambar motosikal mangsa yang meninggal dunia.Menerusi ruangan komen di perkongsian tersebut juga, seorang individu mendakwa suaminya turut berada di lokasi kejadian dan sempat memberikan pertolongan kepada mangsa yang cedera."Suami saya dekat situ tadi tolong. Pemandu lori selamat, cuma luka dekat kepala. Arwah tu rider Shopee kot, katanya isteri dia telefon banyak kali tapi bila orang angkat panggilan, line sangkut-sangkut. Ya Allah sedih betul rasa membayangkan perasan isteri dia bila dapat tahu," tulis @nr_diana__.Bagaimanapun seorang lagi pengguna Threads tampil memaklumkan bahawa arwah merupakan kawan baiknya dan masih bujang.