suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta EV jadi hadiah persaraan cikgu, kisah pengorbanan pelajar akhirnya terbongkar... Sekolah minta padam video!

Tangkap layar daripada rakaman video yang tular di TikTok.

TULAR di media sosial sebuah video memaparkan aksi sebak seorang guru yang mendapat kejutan hadiah istimewa berupa sebuah kereta elektrik (EV) daripada sekumpulan pelajar.

Dikatakan sekumpulan pelajar berkenaan mengumpul wang demi menghadiahkan kenderaan berkenaan kepada guru mereka yang bakal bersara.

Video yang dikatakan dirakam di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri (SMKN) 3 Bandung, Indonesia itu membawa naratif kononnya sekumpulan pelajar bersepakat mengumpul wang sebanyak 281 juta Rupiah (RM63,668) bagi membeli kereta jenama dari China sebagai tanda penghargaan kepada pendidik mereka.

Namun, di sebalik rakaman menyentuh hati yang tular dan mengundang perhatian ramai itu, kisah berkenaan rupa-rupanya sekadar rekaan dan ciptaan kandungan media sosial bagi tujuan promosi sebuah jenama.

Susulan timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial, agensi yang menghasilkan video berkenaan akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung perkara sebenar.

Jurucakap PT Tautau Kreasi Utama, Rio mengesahkan bahawa video tersebut sememangnya dihasilkan sebagai kandungan promosi dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kejadian sebenar.

Jelas Rio ketika dihubungi Detik Jabar, pihak agensi terlebih dahulu memaklumkan tujuan penggambaran kepada pihak sekolah sebelum mendapat kebenaran rasmi untuk menggunakan premis berkenaan.

Menerusi surat permohonan dibuat pada Jumaat (20 November), pihaknya turut menyenaraikan seramai 35 kru dan pelakon yang terlibat dalam penggambaran pada Sabtu.

Pihak sekolah kemudian memberikan kebenaran selepas dimaklumkan bahawa kandungan yang dihasilkan berkaitan pembelajaran serta kempen promosi sebuah jenama berkenaan.

Mengulas permintaan pihak sekolah supaya video berkenaan dipadamkan, Rio berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama pasukannya.

Bagaimanapun, dia secara peribadi tidak mempunyai masalah sekiranya rakaman tersebut perlu diturunkan. -Agensi

Artikel Lain